Wednesday, April 23, 2008

~Di Bumi Nyata~

Walau tomahan dilempar sekalipun ke muka Aiman, Aiman tetap berpegang teguh pada pendirian. Biarlah, lantaklah korang, yang dapat dosa korang gak kan. Ada aku kesah? Aiman tetap berpijak di bumi yang nyata, ko tak nampak gambo kat sebelah ker weh? Siap baring di bumi yang nyata. Ha, nak cakap apa lagi? Bubuh lah mende apa pun. Ada aku kesah? Aiman ni bukan apa, tapi tak tahan lah dengan kebodohan sesetengah manusia yang tak tau nak menghargai seseorang tu ( sesuatu sangat kan guna seseorang-seseorang ni. Macam ditujukan pada orang-orang tertentu lah pula ). Tapi ikhlas Aiman katakan kat sini. Dosa-dosa korang semua, walau sekecil kuman sekalipun, Aiman maafkan. Aiman tak nak lah simpan dendam ke apa. Tak baik, dosa. Biar korang jer lah yang buat dosa kat Aiman. Aiman tetap akan tersenyum walau apa sekalipun yang korang buat. Yer lah, siapa lah Aiman ni nak banyak pe'el nak minta perhatian kan. Aiman ni bukanlah orang penting, hanya insan biasa yang acap kali dirundung masalah, tapi syukur pada Allah, Aiman tegar menghadapi segalanya. Posting kali ni Aiman tujukan pada semua teman-teman Aiman yang senantiasa berada di sisi Aiman, tak kira time gembira mahupun sedih. Aiman panjatkan kesyukuran diatas kehadiran kalian di dalam hidup Aiman. Terima kasih tidak terhingga Aiman ucapkan. All of you are the best. Salam~

~I Am Back~

Mungkin ramai yang telah lupa dengan kehadiran Aiman dalam dunia blogging ni. Yer lah, apa tak nya, tetiba blog damai5407 Aiman lesap macam tu jer. Agaknya, Aiman dah jenuh dengan Damai itu, Damai ini. Tapi, itu tidaklah bermakna Aiman terus lupakan hasrat untuk lebih aktif dalam dunia blogging. Payah sebenarnya nak update blog ni, kalau benda yang sama jer yang diperkatakan, pembaca pun naik boring, ye tak? Tapi sebelum tu, Aiman ingin susun sepuluh jari untuk mohon kemaafan sekiranya apa yang Aiman perkatakan dalam blog ni tak seberapa. Aiman kan masih baru dalam dunia ni, masih setahun jagung. Aiman sudi sekiranya ada yang memberi pendapat, atau berkongsi dengan Aiman apa sahaja yang boleh dijadikan isu perbincangan. Tak kiralah apa benda sekalipun, yang penting, benda tu menarik untuk diperkatakan dan dibincangkan. Janganlah pula ada yang menyarankan untuk bincangkan isu-su yang sensitif atau kontroversi, tak pasal-pasal Aiman yang kena.

Walaubagaimanapun, Aiman senantiasa alu-alukan pendapat anda mengenai apa sahaja isu yang Aiman akan warkahkan didalam blog Aiman yang gelap gelita ni. Hehe. Ala, best apa. Menarik kan header kat atas tu. Mana nak cari, Aiman buat sendiri tu. Aiman akui, nampak sedikit amatur, tapi sekurang-kurangnya, Aiman usaha sendiri untuk membuatnya. Nasib baik ada tutorial, kalau tak, entah lah apa jadinya.

Posting ini, Aiman tujukan khas buat teman-teman Aiman yang setia menanti ketibaan blog Aiman di dunia siber ini. Aiman akan update blog ni seberapa yang mampu. Salam~