Mungkin ramai yang telah lupa dengan kehadiran Aiman dalam dunia blogging ni. Yer lah, apa tak nya, tetiba blog damai5407 Aiman lesap macam tu jer. Agaknya, Aiman dah jenuh dengan Damai itu, Damai ini. Tapi, itu tidaklah bermakna Aiman terus lupakan hasrat untuk lebih aktif dalam dunia blogging. Payah sebenarnya nak update blog ni, kalau benda yang sama jer yang diperkatakan, pembaca pun naik boring, ye tak? Tapi sebelum tu, Aiman ingin susun sepuluh jari untuk mohon kemaafan sekiranya apa yang Aiman perkatakan dalam blog ni tak seberapa. Aiman kan masih baru dalam dunia ni, masih setahun jagung. Aiman sudi sekiranya ada yang memberi pendapat, atau berkongsi dengan Aiman apa sahaja yang boleh dijadikan isu perbincangan. Tak kiralah apa benda sekalipun, yang penting, benda tu menarik untuk diperkatakan dan dibincangkan. Janganlah pula ada yang menyarankan untuk bincangkan isu-su yang sensitif atau kontroversi, tak pasal-pasal Aiman yang kena.
Walaubagaimanapun, Aiman senantiasa alu-alukan pendapat anda mengenai apa sahaja isu yang Aiman akan warkahkan didalam blog Aiman yang gelap gelita ni. Hehe. Ala, best apa. Menarik kan header kat atas tu. Mana nak cari, Aiman buat sendiri tu. Aiman akui, nampak sedikit amatur, tapi sekurang-kurangnya, Aiman usaha sendiri untuk membuatnya. Nasib baik ada tutorial, kalau tak, entah lah apa jadinya.
Posting ini, Aiman tujukan khas buat teman-teman Aiman yang setia menanti ketibaan blog Aiman di dunia siber ini. Aiman akan update blog ni seberapa yang mampu. Salam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment